Direka & dihasilkan di Negeri Sembilan, Malaysia Seni khat · Dekorasi rumah

MAKLUMAT PELANGGAN

Privasi anda.

Dikemas kini 24 September 2026.

Akaun dan pesanan

Dezayn Design menyimpan nama, e-mel dan telefon untuk akaun pelanggan. Apabila anda menyediakan pesanan, kami menyimpan produk, variasi, kuantiti, jumlah produk, pilihan kurier atau Self collect, caj shipping, jumlah keseluruhan, alamat bagi penghantaran dan catatan pesanan. Maklumat ini digunakan untuk mengurus pesanan dan menjawab pertanyaan anda.

Analitik website

Kami menggunakan Google Analytics 4 untuk memahami trafik dan penggunaan website, seperti halaman dilawati, jenis peranti, lokasi umum dan interaksi asas. Google Analytics boleh menggunakan cookie dan pengecam peranti. Kami tidak menghantar nama, e-mel, nombor telefon, alamat penghantaran atau butiran pesanan pelanggan kepada Google Analytics.

Storan dan keselamatan

Akaun dan pesanan disimpan pada hosting GoDaddy Dezayn. Kata laluan disimpan sebagai hash. Cookie sesi digunakan untuk log masuk dan melindungi borang. Troli disimpan dalam browser pada peranti anda. Kosongkan troli atau log keluar jika menggunakan peranti bersama.

WhatsApp dan Shopee

Butang WhatsApp membuka draf yang mengandungi maklumat pesanan dan penghantaran anda di WhatsApp. Butang kongsi gambar menyediakan fail JPG pada peranti anda; anda memilih aplikasi dan penerima melalui menu perkongsian peranti. Gambar pesanan tidak diterbitkan sebagai halaman awam. Anda menyemak dan menghantar mesej serta gambar itu sendiri. Jika membeli melalui Shopee, maklumat pembelian diurus oleh Shopee mengikut dasar platform tersebut.

Pertanyaan dan permintaan

Hubungi Dezayn melalui WhatsApp 0102359137 untuk pertanyaan, pembetulan atau permintaan pemadaman akaun dan maklumat. Pengesahan pemilik mungkin diperlukan sebelum perubahan dibuat.